CERITA SATU:
Saya dulu selalu makan kuih bulan dekat Kajang. Saya mulanya was-was kerana di China dan negara lain, kuih bulan dibuat guna minyak babi. Jadi asalnya, saya taknak makan. Tapi, ada cop halal di kuih tersebut. Akhirnya, saya pun cuba-cuba dan selalu makan. Kemudian, terbongkar bahawa memang kuih tersebut di buat dengan minyak babi dan masuk banyak suratkhabar di mukasurat depan. PAS segera meminta agar digubal Akta Makanan HAlal yang mengenakan penjara mandatori untuk peniaga Cina dan bukan Muslim dan mana-mana peniaga yang menipu status halal. Juga digesa agar syarikat pembekal makanan yang berstatus halal mesti ada pegawai bergama Islam yang bertanggungjawab memastikan status halal dijaga.
Sampai sekarang Pemerintah tidak meluluskan Akta Makanan Halal kerana ...FULUS!??
CERITA DUA:
Sesudah insaf dengan isu kuih bulan, saya tak percaya lagi. Saya tak makan kuih bulan lepas itu. Tapi, kadang-kadang makan hot dog yang ada cop halal. Kemudian , tersebar pulak di suratkhabar hot dog jenama tu ada campur dengan daging babi dan tidak halal.
CERITA TIGA:
Sekarang kecoh pula pasal OldTown :
"Subject: FW: WHITE COFEE Oldtown Kopitiam - TIDAK HALAL?
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)
-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya.
Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment