Kerajaan Nazi Jerman pimpinan Hitler pernah gunakan Sukan Olimpik untuk agungkan bangsa Aryan dan perlekehkan atlit kulit hitam Amerika. Soviet Union(Russia) pernah pulaukan Sukan Olimpik yang diadakan di Amerika Syarikat sebagai balas dendam kerana Amerika pernah boikot Olimpik yang diadakan di Moscow 1980. Amerika berbuat demikian kerana pencerobohan Russia keatas Afghanistan.
Honduras berperang dengan El Salvador kerana kalah bola. Piala Dunia 1998 menyaksikan Iran bertemu musuh ketat politiknya Amerika Syarikat berakhir dengan Iran menang 2-1. Rakyat Iran melihatnya bukan sekadar menang bola tetapi melihatnya dengan kacamata politik. Begitu juga Iran pernah menarik diri dalam perlawanan taekwando Sukan Olimpik kerana pesertanya kena lawan peserta Israel.
Begitu juga dengan Israel. Dengan politiklah Israel tidak sertai kelayakan Piala Dunia zon Asia dan Sukan Asia. Ini kerana bantahan negara-negara Arab dan Islam. Semua bukti diatas menunjukkan politik dan sukan tiada berpisah.
Berbalik dalam negara. Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub pernah merengkok dalam penjara gara-gara membantah kelibat Israel dalam sukan kriket yang berlangsung di Kuala Lumpur zaman Dr Mahathir.
Begitu juga pada tahun 1990 sebaik Kelantan jatuh ke tangan PAS. Pasukan Kelantan bermain pakai seluar panjang dalam perlawanan sulung Piala Malaysia! Mengapa? Waallahu 'alam. Mungkin hormat kat "Tok Guru"! Ini semua gara-gara politik.
Terkini, final Piala Malaysia Sabtu ini. Mustahil rakyat Malaysia tidak babitkan perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan dengan politik. Politik tetap tidak dapat lari dari sukan. Ramai pemerhati politik adalah peminat bola. Penyokong PAS tetap menganggap final itu umpama antara PAS(Kelantan) dan UMNO(NS). Ataupun antara PR dengan BN.
Cuba tanya rakyat Negeri Sembilan yang menyokong PAS. Negeri manakah mereka sokong? Tentu negeri "Tok Guru" ! Bahkan seluruh penyokong PAS dan PR akan menyokong Kelantan atas dasar politik. Mereka melihat tidak sekadar bola tetapi bercampur politik weeh!
Lihatlah nanti bendera-bendera yang berkibar di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. Sudah pasti bendera PAS,PKR dan DAP akan berkibaran.
Perlawanan Sabtu ini mengulang kembali perlawanan final tahun 2001 antara Terengganu dengan Perak dimana ketika itu Terengganu diperintah PAS dan Perak dibawah BN. Terengganu menang dengan 2-1.
Cumanya kita lihat Sabtu ini di mana tempat Presiden KAFA Anuar Musa duduk di granstand stadium nanti. Adakah beliau duduk bersebelahan Pemangku Sultan Kelantan? Kebetulan Sultan sedang gering di Singapura. Tetapi layakkah Anuar duduk bersebelahan anak baginda. Bukankah manusia yang bernamaAnuar Musa inilah yang mengangkat "Sultan Baru" bagi negeri Kelantan dan segala jajahan takluknya dulu ?
Molekkah penderhaka duduk bersebelahan anakanda Sultan yang pernah beliau derhakai ? Atau sudikah anak Sultan mencemar duli duduk bersebelahan si penderhaka?
Mungkin molek juga Anuar jadi "budak milo" seketika.
Wednesday, November 4, 2009
Sukan & Politik
Sukan dan politik umpama lagu dan irama. Tiada berpisah. Jika berpisah, deritalah jawabnya. Sama seperti ugama dan politik, jika berpisah jadilah pengikut Kamal Atarturk. Di mana-mana di muka bumi ini, sukan selalunya dijadikan medan politik secara langsung atau tidak langsung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment