Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Sunday, November 9, 2008

Kisah Perwakilan Bahagian Naik Angin

Para perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian Seremban bergaduh pagi ini sehingga ia terpaksa dibatalkan.

Mereka bertindak membaling kerusi ke arah satu sama lain. Dirahamkan turut menjadi sasaran ialah barisan jawatankuasa bahagian.

Kejadian tersebut turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau Umno bahagian, Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Kejadian itu berlaku di tempat mesyuarat itu diadakan di Kelab Golf Taman Tuanku Jaafar di Seremban.

Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut.

Difahamkan ada perwakilan yang mengalami kecederaan.

Ketika dihubungi, Ishak berkata, kejadian itu berlaku apabila bekas setiausaha bahagian, Datuk Yusof Hermain Shah mempersoalkan enam cawangan bellum mengadakan mesyuarat.

"Saya kemudiannya menunjukkan surat kepada Rahim bahawa enam cawangan tersebut telah mengadakan mesyuarat," katanya.

Berikutan, katanya, Rahim bersetuju mesyuarat bahagian diteruskan hari ini.

Katanya, seorang lagi - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim - tidak dibenarkan oleh Majlis Tertinggi (MT) bertanding jawatan ketua bahagian itu kerana terbabit dalam politik wang.

Berikutan itu, katanya, kumpulan yang tidak puas hati dan beberapa perwakilan telah bertindak membaling kerusi ke arah perwakilan Wanita.

Keadaan itu, katanya, menjadi kelam kabut kerana perwakilan Wanita takut, menyebabkan beliau terpaksa menghubungi pihak polis.

Ishak berkata, tidak lama seperti itu 10 anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.

"Setelah melihat keadaan sedemikian, saya mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat hari ini, dan menyerahkan kepada MT untuk menentukan tarikh baru," katanya.

Ishak berkata, pihak polis telah menasihatkan beliau supaya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Orang BN perlu sedar mungkin Tuhan nak tunjuk...selalu cakap orang PR tak de etika tak de disiplin.Dialah pemegang prinsip dan dasar....sekarangg... huhuhu...lu jawab la sendiri beb..


No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter