Wednesday, April 15, 2009
DUN Perak Akan Bubar..???
Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, sekiranya DUN Perak tidak bersidang selepas 6 bulan selepas Sidang DUN sebelum ini, maka DUN akan secara sendirinya terbubar. Jika dihitung, tempoh yang ada adalah kira-kira sebulan sahaja lagi.
Namun, jika Sidang DUN di bawah pokok diambil kira, usul yang dikemukakan dalam Sidang DUN tersebut juga perlu dikira. Antaranya adalah usul pembubaran DUN sendiri. Lagi pening mahu memikirkannya.
Di sini kesilapan UMNO dan BN dalam melakukan rampasan kuasa. Selain sepatutnya speaker yang mereka 'beli', mereka sepatutnya melakukan undi tidak percaya kepada Nizar di dalam dewan. Jika benar mereka sudah mendapat 'simple majority' tersebut, ini sepatutnya yang dilakukan. Ketika itu mereka berkelebihan dengan 3 malaun yang dikatakan bebas tetapi menyokong BN.
Hari ini, 3 Adun terbabit dianggap speaker sebagai sudah meletak jawatan, maka jadinya 28 sama (abaikan apa yang mahkamah putuskan seketika). Ditambah dengan penggantungan MB Haram dan exco-exconya, maka Sidang DUN akan berpihak kepada PR 28-21 (+3 kot). Walaupun kes ini masih di mahkamah, namun jangkamasa sebulan tidak memungkinkan ianya dapat diselesaikan.
Akhirnya, DUN Perak terpaksa dibubarkan!.
Apakah kebarangkalian yang lain? Pertamanya speaker tiba-tiba meninggal dunia. Makanya perlantikan speaker baru akan dibuat. Dalam keadaan sekarang, sudah tentu speaker akan dikuasai BN. Makanya BN akan terus berkuasa dengan menguatkuasakan kuasa yang ada.
Cara lain? Laksanakan darurat di Perak dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) akan mengambil alih pentadbiran di Perak. Inilah yang pernah dan telah menjadi sejarah di Kelantan pada 1977.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment