Sunday, November 30, 2008
Melayu & Judi
Judi adalah perbuatan yang dilarang keatas mereka yang beragama Islam. Tidak perlu keluar fatwa mengatakan ianya haram , kerana ianya jelas dinyatakan dalam Al Quran.
Namun orang Melayu di Malaysia ini yang beragama Islam masih ada yang berjudi samada secara terbuka di kedai ekor atau tersembunyi walaupun mereka tahu ianya haram. Orang Melayu yang berjudi pun tahu mereka tidak akan menjadi kaya dengan berjudi.
Orang Melayu yang berjudi pun tahu , duit hasil judi tidak berkat. Namun mereka tetap berjudi dan terus berjudi kerana mereka ini telah sampai ke satu tahap ketagihan judi. Oleh itu kita sepatutnya kasihan melihatkan orang Melayu yang ketagih berjudi ini , dalam pada masa yang sama kita bencikan perbuatan mereka yang berjudi ini.
Tidak pernah kita dengar setakat ini klinik untuk merawat ketagihan judi. Sudah sampai masanya semua kita mengusahakan kaedah rawatan samada secara individu , melalui persatuan mahu pun Majlis Agama Islam untuk merawat orang Islam yang ketagihan berjudi ini. Orang yang ketagihan judi , mereka sendiri tidak mahu berjudi , apabila mereka dalam keadaan waras atau beriman.
Judi secara tidak langsung adalah merupakan “dadah” kepada mereka yang ketagihan judi.
Tip kepada ahli keluarga penagih judi untuk membantu penagih judi :
Berterus terang dengan mereka yang ketagih judi Galakkan mereka yang ketagih judi berjumpa kaunselor , ustaz atau pendakwah
Beritahu mereka yang ketagih judi ini ALLAH Maha Pengampun.
Sayanglah umat manusia. Kita merasa amat kasihan apabila mereka mencampakkan diri mereka sendiri dalam kebinasaan. Yang kita benci hanyalah perbuatan mereka yang melanggar perintah ALLAH. Pandanglah semua insan dengan perasaan belas kasihan. Bantulah mereka yang zalim dan dizalimi.
Yang pelik tapi benar...kanapa akbar tabloid bila ari minggu penuh dgn keputusan judi...?? Silap siapa..??...salah siapa..??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment