Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Tuesday, November 18, 2008

Minta Penjelasan Yang Arif....

Seorang wakil rakyat Umno menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana silap mengeja perkataan 'Amar' pada kain rentang Pakatan Rakyat yang dipasang di seluruh negeri itu sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Datuk Dr Hilmi Yahaya (Umno-Teluk Bahang) kerana kesilapan ejaan tersebut pada ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' - yang bermaksud 'menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan'.

Sebaliknya, kain rentang bertulis 'Amal Makruf Nahi Mungkar'.

Menurut Hilmi, 'amal' bermaksud 'melakukan' manakala 'amar' bermaksud 'menyuruh'. Oleh itu, kesilapan ejaan tersebut telah memberi maksud yang berbeza bagi 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Lim - seorang bukan Islam - layak menggunakan ayat al-Quran untuk merujuk kepada urustadbir negeri yang ditadbirnya.

Hilmi berkata, ia merupakan ayat-ayat al-Quran untuk umat Islam dan oleh itu bertanya sama ada bolehkah ketua menteri Pulau Pinang itu menggunakan ayat-ayat tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa agama Islam supaya memperjelaskan isu tersebut.

Lim sering menggunakan ayat tersebut dalam ucapan-ucapannya, termasuk ketika debat terbuka dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Ogos lalu dan dalam kain rentang sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, yang dipasang di tempat-tempat utama di seluruh negeri itu.

Hilmi juga menegur Lim kerana menyamakan urustadbirnya dengan Kalifah Umar Abdul Aziz, lalu meminta Lim membuktikan terlebih dahulu pentadbirannya sebelum dibandingkan dengan orang lain.

ape pandangan rakan2 semua???????

Harap tidak dipolitikkan.....no DAP...no UMNO...no PAS....no PKR.... sekarang cite pasal org Islam n bukan Islam....

Persoalan nye...??
ape yg nak dipersoal kan adalah.....kenapa seorang yg mengaku Islam, marah kepada pentadbir yg bukan Islam mentadbir merujuk@berpandukan al-Quran???????
adakah betul tindakan beliau yg melarang org bukan Islam menggunakan al-Quran sebagai rujukan???
Betul kah ayat2 al-Quran untuk org ISLAM SAHAJA????

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter