Dari email yg aku terima :
| |||||||||||||||||||
Kawasan Perindustrian | | | |||||||||||||||||
| | | |||||||||||||||||
| 'Penghulu' merupakan wakil raja yang mengutip cukai untuk barangan yang dibawa keluar dan masuk melalui jalan air. Apabila harga gambir dan lada hitam telah merosot, beberapa pemilik ladang telah cuba mengusahakan tanaman nanas. Pada awal abad ke 20, tanaman getah mula mendapat perhatian. Pengenalan getah di Malaysia menyebabkan pengusaha-pengusaha British dan Singapura membuka estet-estet yang besar. Sehingga 1916, enam buah estet yang meliputi kawasan seluas 15,000 ekar telah dibuka di Mukim Plentong. Kampung Pasir Gudang telah menjadi pusat polis, kastam dan pengawal candu (opium) di samping sebagai pusat bagi penghulu Mukim Pasir Gudang iaitu satu jawatan baru yang diwujudkan pada tahun 1916. Penubuhan estet-estet juga telah menyebabkan meningkatnya kemasukan pengaruh British dalam sistem perundangan dan pentadbiran negeri Johor. Mereka juga membawa buruh dari Cina dan India untuk bekerja di estet-estet. Pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan pergerakan gerila selepas perang di kawasan ini tidak memberi kesan besar kepada kegiatan perladangan. Di bawah Undang-undang Darurat pada tahun 1950an, kampung-kampung baru telah diwujudkan di Plentong, Masai dan Pasir Gudang. Buruh-buruh estet telah ditempatkan samada di kampung-kampung baru ini ataupun di berek-berek estet yang dikawal. Walau bagaimanapun, perniagaan kecil dan aktiviti di perkampungan nelayan telah terjejas dengan teruknya akibat darurat. Semakin ramai bilangan penduduk kampung telah beralih berkerja di estet-estet. Selepas merdeka pula dalam tahun 1950an, Kerajaan telah cuba membebaskan penduduk Melayu yang tidak bertanah daripada belenggu kemiskinan melalui penubuhan skim-skim tanah seperti di Ban Foo, Plentong Baru dan Felda Cahaya Baru. Kerajaan Negeri seterusnya telah mengambil tanah-tanah estet untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan. Peristiwa ini selanjutnya menjadi latar belakang kepada pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Pembangunan ini sangat penting kepada negeri Johor, terutamanya kerana ia melibatkan penubuhan Pelabuhan Johor yang menjadi alternatif kepada pelabuhan yang terdapat di Singapura. | |
No comments:
Post a Comment