Mulai tahun depan mungkin terdapat persaingan yang agak kuat dalam industri WiMax tempatan. Ini kerana YTL e-Solutions Bhd (YTL-e) mungkin akan memulakan khidmat mereka mulai tahun depan. Buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja penyedia WiMax tempatan iaitu, Packet One.
Berbeza dengan Packet One yang menyediakan perkhidmatan mereka secara berperingkat ke seluruh negara, YTLe bercadang untuk memperkenalkan servis mereka secara terus ke seluruh negara pada waktu yang sama, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bagi mencapai tujuan itu, YTLe bekerjasama dengan Cisco Services Malaysia Sdn Bhd yang bertindak sebagai rakan kongsi dalam teknologi. Kerjasama di antara Cisco dan YTLe membolehkan kesepaduan dalam sistem komunikasi asas Wimax untuk YTLe yang membabitkan protokol Internet (IP), sistem sokongan operasi dan banyak lagi.
Sekiranya YTLe turut dapat memberikan liputan yang cukup pantas kepada kawasan luar bandar, mungkin ianya akan menjadi satu saingan yang hebat kepada Packet One, dan mungkin juga penyedia broadband mudah-alih seperti Celcom, Maxis, Digi dan juga U Mobile.
No comments:
Post a Comment