Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Monday, January 19, 2009

BN mungkin menang jika pengundi luar balik - Ali

Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004.

"Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam St. John Ambulans Malaysia cawangan Melaka.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar.

Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya.

Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya.

Orang Melaka kena fikir2 kan lah..ini kah orang yang paling layak untuk jadi MB korang...???

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter