Lanjutan itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan rebat buat kali kedua jika cukai jalan mereka tamat pada dua minggu pertama bulan depan.
Ini kerana mereka hanya dibenarkan membuat satu kali tuntutan rebat sahaja dan lanjutan tempoh itu bagi mereka yang belum berbuat demikian.
Pos Malaysia dalam kenyataan mereka semalam menjelaskan, prosedur tuntutan juga dipercepatkan dengan rebat tunai diagih pada hari yang sama cukai jalan diperbaharui.
"Mereka boleh memperbaharui cukai jalan di pejabat pos atau melalui www.posonline.com.my untuk wang rebat dimasukkan terus ke akaun bank," jelasnya.
Menurutnya, bagi yang bekerja, mereka boleh mengunjungi pejabat pos yang dibuka selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu.
Kerajaan pada Jun tahun lepas mengumumkan pembayaran rebat tunai ekoran kenaikan harga bahan api dengan bayaran RM625 untuk kenderaan berkuasa 2000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda 2500cc ke bawah manakala pemilik motosikal 250cc ke bawah menerima RM150.
2 comments:
sy fakhrul.. nk tumpang bertanya sikit.. klo sy bru mendaftar kereta baru 6hb april 2009 ni bleh ke sy dapat rebet tunai? TQ..
salam, lanjutan tarikh ini tidak termasuk pada mereka yang membaharui selepas dri 31/3/2009...cme tarikh utk claim saje yg di lanjutkan..
Post a Comment