GARA-GARA kehabisan hidangan nuget ayam di sebuah restoran rangkaian McDonald's, Amerika Syarikat, seorang wanita ditahan setelah menumbuk pekerja restoran tersebut.
Melodi Dushane, 24, ditahan kerana melakukan jenayah memusnahkan harta benda pada 5 Januari lalu.
“Wanita itu naik berang selepas diberitahu hidangan tersebut tidak dijual selepas 2.30 pagi. Dia terus menumbuk pekerja itu,” kata pegawai polis itu.
Sementara itu, seorang wanita lain di Amerika Syarikat dilaporkan pernah menelefon talian kecemasan 999 sebanyak tiga kali kerana kehabisan ayam goreng di McDonald's.
Ini menunjukkan ada penduduk negara itu yang ketagihan makanan segera sehingga mereka sanggup menelefon talian kecemasan.
No comments:
Post a Comment