RON97 naik 10 sen lagi
Harga petrol RON97 telah dinaikkan 10 sen jerr.....
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Terima kasih....terima kasih....terima kasih.
Nota:
Sebenarnya kalau kita sedar bukan minyak sahaja naik harga.
Cuba anda semua tengok pada bil terbaru astro, celcom, maxis.... Mulai bulan 2 ni kita dah kena bayar Government service tax (GST) sebanyak 6%.
Kalau kesemua perkhidmatan itu di pakai oleh 10 juta dan seorang kena bayar RM 10.00, bermakna satu bulan gomen kutip 100 juta. Kalau 1 tahun dah berapa??? Kalau ada 10 PRK setahun for them no hal brooo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment