Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Tuesday, January 24, 2012

Surat Untuk Jejaka Hebat

REALLY SURAT KEPADA TUAN BERBADAN BESAR DAN SAUDARANYA DI ABU HINDRAF

 <iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/oSeElZawXWE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Tuan Berbadan Besar dan Saudara Saudaranya.


Surat Kepada Tuan Berbadan Besar dan Saudara Saudaranya.
Assalamualaikum Tuan, 
Di harap Tuan sehat dan bersama rakan rakan saudara tuan yang hadir untuk mengangu majlis ABU Hindraf semalam di Jalan Kebun Shah Alam.
Saya juga amat mengharapkan perasaan bangga tuan di atas perbuatan tuan semasa majlis ABU Hidraf semalam itu masih mekar.
Walaubagaimana pun, terfikir sejenak saya disini semasa menonton gelagat tuan, dan ia menghasilkan satu persoalan. Persoalan yang membuatkan saya ragu ragu, dan yang mengerakan diri saya untuk menulis surat ini kepada tuan.
Tuan yang berbadan sasa berbaju hitam,
Soalan saya adalah, apakah agama tuan? Adakah Tuan beragama Islam Melayu atau beragama Melayu?
Jika tuan katakan yang tuan beragama islam, saya secara peribadi mengatakan yang tiada satu pun tindakan tuan semalam mencerminkan tuan adalah seorang yang beragama Islam.
Sekiranya tuan masih mengaku yang tuan beragama Islam, saya pasti akan katakan, ramai orang yang beragama Islam akan pasti akan malu dengan tindakan yang tuan lakukan di majlis tersebut.
Jika tuan katakan yang tuan adalah seorang Islam Melayu, saya masih lagi ragu ragu dan tidak percaya, dan saya katakan ia adalah amat karut, kerana setahu saya, orang melayu penuh dengan adab, sifat sopan santun, dan yang paling penting sekali adalah kami Islam Melayu tidak akan berkelakuan seperti tuan.
Ini adalah kerana, kami bangsa melayu itu sudah penuh dengan adat dan resam yang mencerminkan seseorang itu berbangsa melayu, dan agama Islam, ia adalah amat suci, ia adalah harmoni serta damai.
Jika agama Islam dan bangsa Melayu itu gabungkan, maka ia pasti akan kelihatan amat cantik!
Jadi berbalik kepada soalan saya, apakah agama tuan?
Adakah agama tuan yang ajar begini? atau bangsa tuan yang ajar tuan begini? jika begitu apakah nama bangsa tuan? Melayu? Bangsa Melayu yang ajarkan tuan berkelakuan seperti ini? Saya masih tidak percaya, sila bagi saya satu bukti dari sifat dan kelakuan tuan semalam itu yang menunjukan tuan adalah orang Islam Melayu.
Tuan yang Berbaju hitam dan berbadan Segak,
Terima lah sedikit nasihat dari saya, insan yang penuh dengan dosa ini, Jangan lah mengaku Tuan beragama Islam, atau Berbangsa Melayu, Ia amat memalukan Islam serta Bangsa Melayu itu sendiri, berlandaskan sikap dan tindakan tuan semalam.
Atau mungkin tuan ada alasan lain? Tuan tidak sedarkan diri tuan ketika perkara itu berlaku, kerana sedang dilanda penyakit sawan atau hilang ingatan secara tiba tiba?
Tuan yang berbadan tough dan berbaju hitam, 
Agama saya Islam, Bangsa saya Melayu, adakah tuan sedia maklum sedar, di luar sana Islam digelarkan sebagai penganas, di luar sana Islam digelar agama yang memusuhi manusia lain, Islam itu kejam! Islam itu Ganas!
Berbekalkan tindakan tuan di dalam video di atas, adakah tuan berbangga kerana tuan juga adalah salah seorang yang menyumbang kepada tomahan dan kritikan ini.
Saya benar benar berharap tuan sedar tentang perkara ini.
Sedang para ulama, orang alim, dan beberapa pemuda Islam yang lain, bertungkus lumus menaikan dan memartabatkan sinar nur Islam sebagai Agama yang harmoni dan Bersih, apa pula yang tuan lakukan?
Tuan yang berbaju Hitam dan dan berbadan sasa, 
Badan tuan gagah, suara tuan lantang, tenaga tuan hebat, akan tetapi sayang, dan saya berasa amat sedih kerana tuan mengunakan apa yang tuan ada untuk menindas mereka yang lemah, ugut mereka, tuan menolak seorang warga india yang tua, tuan memaki hamun bangsa mereka.
Tuan dan sekalian saudara tuan yang hebat hebat belaka, 
Apakah salahnya bangsa mereka kepada tuan dan saudara saudara tuan? pernahkah mereka mengangu kehidupan tuan dan saudara saudara tuan sebelum ini? adakah tuan sangka yang tuan dan saudara saudara tuan adalah raja di jalan kebun itu? Sedarlah tuan, sedangkan Nabi Sulaiman yang tenteranya lagi maha hebat, tetap tunduk kepada Allah SWT, inikan lagi tuan dan jalan Kebun tuan.
Tuan berbaju hitam yang hebat serta saudara saudara tuan yang turut hebat,
saya berharap dengan surat ini, sedikit sebanyak ia akan menyedarakan tuan dan Saudara Saudara tuan, tentang perbuatan tuan dan kawan kawan tuan di Majlis ABU Hindraf semalam.
Perbuatan tuan itu tetap salah, walau apa pun alasan tuan, kerana ia bertentangan dengan Ajaran Allah SWT. Walaupun dibumi ini dikatakan tuan betul, tuan benar, tetapi sedarlah tuan, tiada siapa yang akan terlepas dari mahkamah Allah SWT.
Sekian dulu dari saya, berbekalkan kalimah tauhid laillahaillallah muhammadarasullullah, saya dengan ini berharap tuan akan mengambil manfaat dari surat ini, kerana yang baik datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.
Really3line.
SEKIAN.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter