Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Tuesday, May 13, 2008

Fikirkan Bersama....


Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana Iskandar Malaysia (IM) melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:

* Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
* Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
* Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
* Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
* Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
* Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
* Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam IM ?
* Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat IM ?
* Jika IM akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
* Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan IM?
* Siapakah yang merancang pembangunan IM ? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
* Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
* Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
* Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
* Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang IM ?
* Jika IM ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
* Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul.......memerlukan jawapan....di dunia dan akhirat. Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor...
* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan IM. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.
'Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri.' - Rakyat Malaysia

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter