Alamak Loriiiii..syukur. ..alhamdulillah. .
Sudah beberapa kali saya hampir melanggar belakang lori..
kalau saya tak pantas memusing setering mahu dah aruah saya..
atau isteri atau anak saya jadi mangsa..
selalu bercerita dengan isteri...
bagaimana kita nak memberi cadangan di negara kita ni ya..??
nak hantar pada jabatan kerja-raya.. dia org baca jer??
nak hantar kat mana ya..
akhirnya saya yg dah menjadi ahli pasif di RJ ni agak lama,ingin mengutarakan disini...
mana tahu ada rakan-rakan yg punya saluran terbaik..
boleh tolong memajukannya kedepan lagi..
bukan cadangan besar pun...saya berpendapat. ..
kalau boleh semua kenderaan berat khasnya lori..
di kehendaki menulis perkataan "LORI" atau "LORRY"di bahagian belakang sesebuah lori tersebut..
Tulisan itu biar besar dan dari jenis 'pemantul cahaya' rasanya kalau dikuatkuasakan pasti semua lori boleh pasang..
kos tak ler sampai beribu-ribu. .
Jadi..jika berlaku kerosakkan atau lori dipandu perlahan semua kenderaan lain akan nampak jelas..
mungkin kemalangan yang melibatkan langgar belakang lori dapat dikurangkan.
harap cadangan saya yang tak seberapa ni dpt perhatian..
No comments:
Post a Comment