ASSALAMUALAIKUM..
Setiap dari kita dizaman yang semakin maju,pasti tahu akan betapa pentingnya Institusi perbankan kepada kehidupan kita. Semua orang memerlukannya,tak kira apa kedudukan,atau setidaknya kita dipaksa untuk menggunakan perkhidmatan perbankan.
Tapi itu sekiranya dikaji dari pihak kita,bagai mana pula di pihak perbankan? Tidak kah bank yang memerlukan kita? Boleh atau berjayakah sesuatu institusi perbankan tanpa sokongan kita?
Anda lihat beberapa fakta yang diberi dan buatlah kajian "APA KEJADAHNYA SEMUA INI?".
1. Anda simpan duit sebanyak RM1500 didalam sebuah bank. Hanya dengan sekeping kertas dan kekadang tanpa perlu tandatangan serta dalam sekelip mata wang anda ditelan(bagi yang menggunakan mesin ler)..
Esoknya anda ke bank semula dan hendak mengeluarkan RM1000..pasti borangnya nampak rumit,salinan IC kalau tak bawak jangan harap dapat wang anda ..Kena pulak tunggu giliran..tut-tup sampai giliran anda,lupa sain atau pun sain anda tak sama,masalah lah jadinya..walaupun anda tunjukkan resit masukkan wang semalam dari bank yang sama.. Pelik Tapi Benar apabila kita hendak ambil wang sendiri jadi payah.. Sebab itulah bank kaya, mereka galakkan kita simpan jangan keluar..hahahaha..
2. Apabila ramai orang menyimpan didalam bank,wang kita akan diniagakan untuk memperoleh keuntungan yang cepat dan mudah..Apa kita dapat dari hasil pelaburan mereka?..Tanyalah diri kita samada bank bagi kita banyaaakkk atau sik-kit-sik-kit!!!. Makan bunga adalah haram bagi Muslim macam kita..Sebab itulah bank suka apabila pelanggannya ramai muslim dan muslimat...Nak menarik lagi bank mengamalkan perbankan ISLAM..Ceh Wahhh!! Tapi ini tiada kene mengena dgn Bank yg memang Islamic...contoh nye BANK ISLAM lah..WaAllahualam..
3. Menyediakan serta memberi kemudahan pinjaman adalah salah satu lagi cara dan teknik halus mereka mencekik wang kita. Jangan ceritalah pasal bayaran balik siap segala jenis bunga disediakan anak bunga,mak bunga hingga nenek bunga pun ada. Untung mudah bank akan dapat apabila kita terlewat bayar bila :
a) Pegawai Bank telefon-kita bayar..bukan ringgit..tapi puluh-puluh.
b) Surat Peringatan- kita bayar,walaupun bayaran kita cantik,eh!! surat sampai jugak..untung bang.sekeping surat nilainya RM10..
c) Bayaran tetap dikenakan walaupun miss sebulan,paling pahit bayaran bersama-sama dengan bunga raya dan bunga matahari..pernah tak bank jadik baik.." Encik tak yah bayarlah bulan ni..Bank belanjer..".
4. Apabila anda melakukan pertukaran wang seperti dari Ringgit ke Syiling..Pernahkah anda kira nilainya cukup ? Anda tukar nilai RM100 ,duit syiling yang anda dapat hanya RM97..Hebat bukan!! Bagaimana pula sekiranya anda mahu bertanyakan baki simpanan?? Paling kurang pun RM3 dicedok dari pokek anda..Mereka yang menggunakan kad lagilah seronok dikerjakan.Pelik Tapi Benar apabila tiada siapapun dari kita dapat pastikan nilai wang yang disimpan sebenarnya makin banyak!!!! Paling sadis kita pulak berhutang ngan bank..
5. Proses transaksi antara yang berlainan Bank,terutamanya yang kerap menggunakan Cek, banyak ketidak adilan sebenarnya..Hakikat yang Pelik Tapi Benar harus kita akui,semakin mudah urus niaga yang disediakan oleh mereka seperti penggunaan Cek,sebenarnya lebih sedap hingga menjilat jari mereka dapat menyapu duit kita..
Sebenarnya masih banyak perkara-perkara Pelik Tapi Benar apabila kita berbicara tentang bank..tapi kemana dan dimanakah arah kita untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku?..
Sebelum menutup bicara,fikirkan selamat atau boleh JUJURKAH mereka sekiranya kita menyimpan di institusi kewangan lain selain Bank, seperti KWSP,PTPTN,AMANAH SAHAM DAN YANG SEJENIS..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment