Ada kangkung bergelar `profesor datuk doktor' mahu sebuah kerajaan negeri didakwa di bawah Akta Hasutan hanya kerana meluluskan permohonan guna bahasa cina, tamil dan tulisan jawi (yang didakwanya pelbagai bahasa), untuk tanda jalan. (ya Allah, benda ini pun mahu dijadikan isu).
yang diluluskan itu adalah untuk PELBAGAI BAHASA bukan untuk satu bahasa. dan bahasa yang diluluskan untuk tanda jalan itu adalah untuk kemudahan rakyat terutama dari kaum yang tidak memahami selain bahasa ibundanya, bagaimana tergamak kangkung itu berkata ia satu kegiatan subversif? bukankah tanda jalan itu akan turut disertakan bahasa melayu bertulisan jawi?
`united malays national organisation' itu dari bahasa apa? berani sentuh?
gelaran `profesor & doktor' kangkung itu dari bahasa longkang mana?
adakah para kangkung (yang kenyang makan dan dapat datuk lagi) bersuara apabila anak-anak sekolah dihuru-harakan sains & matematik dalam bahasa inggeris? bagaimana segala papan tanda bangunan, gedung niaga, taman perumahan? apa itu KLIA, KLCC? apa itu selipar? apa itu mangkuk?
* `kangkung' merujuk gelaran yang diberikan oleh ungku aziz sejak lebih 20 tahun lalu kepada mereka yang kangkung!
* selain tumbuhan yang hidup di air dan dibuat sayur, yang melilit dan memanjat, kamus dewan edisi keempat juga merujuk kangkung sebagai sejenis katak yang besar.
= makanya, yang dimaksudkan ungku aziz itu sama ada kangkung itu tumbuhan hidup di air atau katak yang besar, gua tidak tahu. gua bukan profesor datuk doktor.
- Pyanhabib -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
masalah kat sini adalah si Kangkung tu cuba mempertahankan prinsip and dasar. Takde kene mengena dgn politik pun. Bukan masalah nak membaca signboard tu...apalah!
alo bro, sikangkung tu kerabat lu ker...tahniah...
This is the typical opposition people! cari lah idea lain. sedara la kerabat laa.. booo!
ele..ngate org lain, diri tu pgi la kt cermin diri tu..mcm ni ke...ckit nk mrh,nk booo..gli la...typical lu org la gak...nk pertahan dasar kunun...klo dsar tu sjk dri zaman penjajah,yg dh x releven x nk plak ubah...x abis2 dgn sikap denial dia...pooodah.
Yg lu x puas ati sgt pesal pe bro...??biasa la kte demokrasi berparlimen...huhuhu
gua x de marah2 beb! lu yg hangin semacam jer..
dasar & polisi kena pertahankan. x tau la kalau lu dah x hingin duduk kat tanah melayu nie...
geli jer..blik2 dasar..blik2 prinsip..pgang pikul la lu pnya prinsip & dasar tu...pertahan kn lahh...name je tanah melayu....tpi jerung yg kebassss..piiirahh
Post a Comment