Kerajaan Selangor tidak mengharamkan minuman beralkohol secara total kerana penduduk negeri ini terdiri daripada pelabagai kaum dan agama.
- "Bagaimanapun, kerajaan negeri telah memutuskan untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan bagi memastikan minuman beralkohol tidak dijual kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun - Abdul Khalid Ibrahim
Ini bermakna, bermula dari Januari 2009, menuman beralkohol hanya boleh dijual dan dibeli oleh mereka yang berumur lebih dari 18 tahun dan juga yang bukan beragama Islam sahaja sesuai dengan kehendak dan ajaran agama Islam bagi mereka yang beragama Islam.
MB Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dalam satu sidang media bahawa Kerajaan Negeri tidak akan mengambil tindakan drastik keatas pengharaman minuman beralkohol di Selangor sebaliknya pengharaman minuman beralkohol tersebut hanya meliputi kepada mereka-mereka yang beragama Islam sahaja tetapi tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam asalkan mereka telah melepasi umur 18 tahun.
Katanya lagi, walaupun kerajaan negeri prihatin dengan kebimbangan sesetengah pihak berhubung pengambilan alkohol, ia tidak akan mengambil tindakan drastik menghadkan penjualan secara menyeluruh.
Ini bermakna, apabila perkara tersebut dikuatkuasakan pada bulan januari 2009, minuman beralkohol hanya boleh dijual kepada mereka yang bukan beragama Islam sahaja manakala bagi yang bukan beragama Islam pula, tidak menjadi halangan untuk mendapatkan minuman tersebut dengan syarat mereka telah melepasi umur 18 tahun.
Langkah ini diambil sesuai dengan kehendak dan ajaran agama Islam yang mengharamkan pengambilan minuman beralkohol dan juga tidak akan menganggu ajaran agama lain yang membolehkan.
Diharap tidak ada pihak yang akan keliru dengan penjelasan tersebut.
No comments:
Post a Comment