Walaupun Dr Mahathir mengakui rasuah berlaku ketika beliau menerajui Umno, tetapi beliau menyifatkannya tidak seburuk rasuah politik di dalam Umno pada masa ini.
"Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.
"Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik Umno tidak berlaku dahulu.
"Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya.
4 September lalu, bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kedua kepada (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sendiri.
Menjelaskan lebih lanjut tentang betapa buruknya rasuah politik di dalam Umno hari ini, Dr Mahathir berkata, tidak pernah Lembaga Disiplin parti itu menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.
"Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam Umno," katanya.
Dr Mahathir mengingatkan, "membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran".
Beliau seterusnya mengingatkan, hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap tentang rasuah dalam pencalonan kepimpinan Umno. "Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap Umno sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini," katanya.
Rasuah...Dulu,Kini dan Selamanya....rakyat gak yang pening lalat...huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment