Friday, December 26, 2008
Kelapa Sawit
Kira-kira 25,000 pekebun kecil kelapa sawit di negeri ini terdedah kepada risiko dikategorikan sebagai golongan miskin apabila hanya mampu meraih pendapatan RM400 sebulan seorang akibat kejatuhan harga komoditi itu.
Pengerusi Jemaah Pengarah Peladang Johor, Mohd. Yusof Mohd. Salleh berkata, harga kelapa sawit yang sebelum ini pernah mencecah hingga RM740 setan kini merudum kepada kira-kira RM200 setan sejak Oktober lalu.
“Sebelum ini, pekebun kecil memperoleh pendapatan antara RM600 hingga RM1,000 sebulan namun kini mereka hanya dapat antara RM300 hingga RM400 sebulan.
“Ini dengan jelas boleh menyebabkan peladang kelapa sawit dikategorikan sebagai fakir miskin kerana pendapatan mereka berada di bawah garis kemiskinan yang ditetapkan kerajaan,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment