Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, October 17, 2008

Kg.Baru Plentong Tengah


Kg Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam dikejutkan dengan keganasan pihak polis yang dihadiri oleh 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, mula dibangunkan sekitar tahun 1984 iaitu antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan kawasan itu selepas mendapat perintah mahkamah dengan merobohkan rumah-rumah kosong yang sudah ditinggalkan.

Keganasan pihak polis berlaku sebaik sahaja beberapa amaran dikeluarkan oleh pihak polis untuk menyuraikan penduduk yang membuat benteng manusia kira-kira 500 orang penduduk biarpun wakil peguam Sdr Hassan Karim(Presiden PRM) dan Sdr Mazlan Aliman(AJK PAS Pusat) sedang berbincang dengan pemaju dan pihak polis untuk tidak merobohkan dahulu rumah-rumah tersebut memandangkan rumah tersebut masih ada barang dan bertuan.

Anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU)semacam dirasuk kerana merempuh benteng manusia tersebut, seperti yang diceritakan oleh Sdr Andre Zulkarnain(Bendahari PAS Pasir Gudang) dimana polis memberikan masa 10 minit untuk bersurai dan tiba-tiba tidak sampai seminit penduduk dihenyak,dilibas dihayun dan disebat dengan rotan dan cota yang mengakibatkan kecederaan dan ada pakaian yang koyak.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03
Di maklumkan juga ,polis mensasarkan 9 orang wakil penduduk untuk ditangkap dahulu dan polis juga mengherdik serta memarahi penduduk yang membawa anak-anak mereka dan semasa rempuhan inilah 57 orang ditangkap termasuk dua orang wanita, disumbat kedalam dua lori polis dan dibawa ke balai polis Taman Johor Jaya.

Saya sendiri kebalai polis selepas solat maghrib untuk memberikan sokongan moral kepada mereka yang ditahan. Dikhabarkan masih tinggal Sdr Syed Othman (bekas calon PAS Dun Permas) yang belum dibebaskan dan kira-kira jam 7.45 malam setelah mereka semua solat berjemaah maghrib bersama mereka semua keluar bersalaman dan berpelukan sesama mereka biarpun idealogi politik mereka sangat berbeza.

Sebelum pulang ketua cawangan Umno kampung tersebut Mohd Shahari Mohd Sham mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan dengan nada terharu mengucapkan terima kasih kepada Sdr Syed Othman dari PAS yang kata ketua cawangan Umno tersebut semasa rempuhan polis siang tadi beliau jatuh diperut Syed Othman.
Mereka semua dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang dan diminta untuk melapor diri di balai polis Taman Johor Jaya pada 30 Oktober jam 8 pagi.

Saya difahamkan penduduk bukannya tidak mahu berpindah, tetapi mereka meminta tempoh untuk membangunkan rumah ditanah Bukit Dagang yang terletak kira-kira 50km dari Plentong yang khabarnya tidak ada infrastruktur awam yang sempurna seperti sekolah, jalan raya, air dan elektrik.

Kronologi Kg. Baru Plentong Tengah

"1984 - 1986 - KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT).

1987 - PTG telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) > Jet Ace Const (JAC) > Oakfield Ent.

1989 - 1993 - Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan di atas sokongan serta galakan Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417,307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10 % daripada harga jualan telah di songlap oleh peguam yang dilantik.

1994-1995 - KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dengan bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3,000 iaitu 10 % dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE.

1996 - OE telah menjual KBPT kepada Bukit Lenang Devp. ( BLD ).

1999 - PENEMPATAN SEMULA - Dari lebih 345 penduduk, hanya 179 yang ditawarkan dan hanya 123 yang terima kurnia.

2000 - RUMAH IBU - BLD menawarkan utk membina rumah ibu di penempatan semula, tapi TIPU.

2006 - TAWARAN MUHIBAH #1 - Melalui YB Datuk Seri Khaled (DSK), BLD menawarkan pampasan RM 12,000.00, KAMI ajak runding BLD buat tak tahu.

2007 - RUMAH MESRA RAKYAT - seramai 134 penduduk yang dikurniakan penempatan semula menghadiri temuduga Syarikat Perumahanan Negara Berhad, tapi takde respond.

2007 - TAWARAN MUHIBAH #2 - BDL tawarkan RM 2,000 dan bina jalan di penempatan semula, KAMI ajak runding, BDL buat tak tahu jugak. Lastly tak jadi bina jalan & tukar nak ratakan tapak plak, tapi kena tipi lagi.

2007 - RUMAH KOS RENDAH - 67 Generasi ke2 KAMI memohon rumah kos rendah melalui Tuan HJ BAHA ( Pegawai Khas DSK ) tapi di pendam sehingga OGOS 2008.

15 OGOS 2008 - KALAH DI MAHKAMAH - Hampir 3,000 penduduk KBPT hendak dihalau dari Kampung Halaman Kami.

15 OKTOBER 2008 - DIMINTA HADIR KE PLENTONG, BERDEKATAN DENGAN LAMAN TASEK PANDAN, TAMAN MOLEK, JOHOR BAHRU, JOHOR. Untuk menghentikan pencerobohan ini.

16 OKTOBER 2008 - Sebahagian rumah KBPT dirobohkan, polis mengganas dan menahan 57 orang termasuk 2 wanita.

30 OKTOBER 2008 - diminta untuk melapor diri di balai polis Taman Johor Jaya pada 30 Oktober jam 8 pagi.

Sumber : Jundullah

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter