Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, October 17, 2008

Satu Lagi Projek BN

"Assalamualaikum,,..
 Di Parlimen wakil wakil rakyat BN bergegar mengulang ulang bajet kerajaan prihatin.Berbagai bagai unjuran,justifikasi dan ramalan kepada bajet dikemukakan dan semuanya menjurus kepada keprihatian kerajaan untuk membela rakyat.Dan dikatakan semua bakal mendapat faedah dari bajet ini.

Namun di Selatan tanah air, kita menerima berita mengenai satu kampung setinggan yang dirobohkan dan penduduknya dipukul dan dibelasah serta 27 daripada mereka ditangkap kerana tanah tempat mereka berteduh dirampas kerajaan dan diberikan kepada syarikat swasta untuk tujuan memajukannya.Kejadian di Kampung Baru Plentong Tengah,Johor Baharu mengingatkan kita kepada kisah Kg. Berembang dan Rimba Raya sekaligus memperlihatkan kerakusan kerajaan.Tambah menyedihkan kejadian ini berlaku di ketika wakil wakil rakyat BN termasuk dari Johor membahaskan keprihatinan kerajaan menerusi bajet 2009.

Di mana keprihatinan kerajaan yang dihujah dengan begitu panjang lebar oleh wakil Batu Pahat,Pulai,Muar dan Pontian kalau apa yang berlaku di negeri mereka sendiri tidak mampu ditangani secara prihatin?

Bergegar gegar berhujah tidak bermakna langsung bila mana mereka gagal mempertahankan rakyat yang serba kekurangan dari serangan polis yang serba lengkap. Malah ketika YB Azmin Ali membangkitkan perkara ini di Parlimen,tidak kedengaran langsung suara lantang dari wakil wakil rakyat Johor mengutuk perbuatan itu selain kedengar suara sumbang dan bohong wakil Batu Pahat yang menyatakan kerajaan memberi tanah kepada semua rakyat.Mereka seolah mengizinkan keganasan polis terhadap sebahagian rakyat mereka sendiri yang hidup serba kekurangan dan memerlukan bajet prihatin yang mereka laungkan itu.

Kekurangan penduduk Kampung baru Plentong Tengah ini bermula bilamana permohanan hakmilik tanah yang mereka terokai tidak dihiraukan oleh kerajaan dan melebelkan mereka sebagai setinggan.Dan kekurangan penduduk ini ditambah lagi bila kerajaan dengan begitu mudah menganugerahkan tanah yang mereka terokai dan usahakan kepada sebuah syarikat swasta untuk dimajukan.Pemberian ini bermotifkan keuntungan tanpa sedikitpun memandang kepada kekurangan dan kesukaran penduduk.Itulah cara kerajaan BN Johor menunjukkan keprihatinannya dan menunaikan menifesto PRU mereka.

Wakil Batu Pahat banyak kali mempersoalkan tentang maruah kerajaan yang dibentuk melalui "pintu belakang" sedangkan kes ini memperlihatkan beliau sendiri sebagai seorang yang sudah hilang kehormatan bilamana gagal menunjukkan sikap membela dan prihatin kepada kesusahan penduduk akibat perbuatan kerajaan BN Johor.Di sini juga menyerlahkan kebodohan DATO' PADUKA IBRAHIM ALI kerana pujian melangitnya kepada wakil wakil rakyat BN yang dikatakan berani menegur kerajaan.Di mana beraninya dalam kes yang serius melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat?Nyata DATO PADUKA IBRAHIM ALI seorang wakil rakyat yang bodoh kerana terpengaruh dengan teguran remeh temeh wakil rakyat BN sedangkan dalam isu sebesar ini tak seorangpun berani tampil menegur apatah lagi mengutuk.

Bajet 2009 yang bertemakan kerajaan prihatin kini sudah hilang.Kejadian di Kampung Baru Plentong Tengah menyerlahkan kepada semua bahawa kerajaan tidak akan prihatin kepada rakyat.Apa yang dinyatakan prihatin itu sebenarnya adalah apa jua hasil yang boleh mereka kaut masuk ke kocek sendiri sedangkan apa jua hasil yang tidak menguntungkan mereka pasti mereka tidak akan melaksanakannya sekalipun ianya bakal menyenangkan rakyat jelata.Lihat sahaja kes pemilikan tanah di Kampung Baru Plentong Tengah ini,kalau pemilikan tanah diberi kepada penduduk yang meneroka tanah tersebut pasti kerajaan rugi besar walaupun ianya menyenangkan rakyat.Kerana itu hak milik tidak diberi kepada penduduk sebailknya diberi kepada syarikat swasta yang memberi hasil lumayan kepada kerajaan atau mungkin juga pendokong kerajaan.

Itulah natijahnya kerana memilih BN sebagai kerajaan.Rakyat Johor yang mengundi BN patut merasa bersalah kepada penduduk Kampung Baru Plentong Tengah ini.Wakil wakil rakyat dari Johor selepas ini tidak perlu menyalak di Parlimen kerana anda semua sudah membuktikan kebaculan anda dalam menangani isu rakyat.Tidak usah bercakap pasal modal insan,tidak usah bercakap mengenai pelaburan dengan IRR negatif,tidak perlu bercakap pasal memerangi rasuah bersama,tidak perlu bercakap pasal kad kredit,tidak perlu bercakap pasal penagih dadah dan tidak perlu bercakap pasal maruah kerana anda semua memang tidak ada maruah. "

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter