Artikel asal dri: Ain
Daripada Abu Hurairah r.a ,Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:Bahawasanya Allah Taala berfirman: Kusediakan bagi hamba-hambaku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata ,belum pernah didengar oleh telinga,belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia.Sesuai dgn firman Allah dalam kitabnya yang mulia,"Tidak seorang pun yang megehtahui apa yang disembunyikan untuk mereka(iaitu segala macam kenikmatan)yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
(H.R .Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, "
Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka".
Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada penghuni Syurga: Wahai penghuni Syurga! Mereka menjawab: Ya Tuhan kami! Segala kebahagiaan dan kebaikan ada di tangan Mu. Dia berfirman: Adakah kamu semua telah reda? Mereka menjawab: Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan, sedangkan Engkau telah berikan kepada kami sesuatu yang Engkau tidak berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Allah berfirman lagi: Mahukah kamu, Aku berikan sesuatu yang lebih baik dari itu? Mereka berkata: Wahai Tuhan! Apakah yang lebih baik daripada itu? Allah berfirman: Aku haruskan kepada kamu keredaan-Ku dan Aku tidak akan murka lagi kepada kamu untuk selama-lamanya
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Abu Al-Qasim s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan memasuki Syurga adalah umpama bulan purnama dan kumpulan berikutnya bagaikan cahaya bintang yang bergemerlapan di langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang bersendirian tanpa pasangan
As-Saaffaat -surah 37,ayat- 48
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya
Saad surah 38,ayat- 52
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
Ad-Dukhaan surah 44, ayat- 54
Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
At-Tuur surah-52, ayat- 20
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 56
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.
Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 58
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 72
Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.
Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 74
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.
Al-Waaqi'ah surah-56, ayat- 22
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Allah Maha Adil....kalu lelaki dapat bidadari pompuan dapat bidadara...itulah penggunaan Qias...tak dicitekan semua...
macam suruhan posa gak..kutiba alaikumu siamm...alaikum..kepada lelaki..so termasukla perempuan jugak bukan lelaki jer.....
wallahu a'lam//kalu silap tolong tegurs ya ustaz2....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment