Bagaimana dan siapa yang telah salah guna kuasa sampaikan Negara Islam ini dilanda tsunami JUDI?
Bagaimana boleh ada tiga syarikat judi di bawah ini diberikan lesen..???.
Magnum
Toto
Dama Cai
Dalam tujuh hari seminggu ada 9 cabutan empat nombor ekor. Dalam setahun 365 hari ada 480 cabutan.
Adakah unsur rasuah dalam cabutan judi?
Selaku rakyat yang beragama Islam berasa cemas dengan keadaan ini bukan sahaja kerana negara ini Negara Islam dan judi haram di sisi Islam, tetapi mungkinkah ada unsur tidak sihat dalam kelulusan cabutan yang begitu banyak?
Majoriti rakyat Melayu Islam, Menteri Kewangan yang meluluskan cabutan juga adalah Melayu Islam.
Di sini, seperti ada unsur sogokan kerana terlalu mudah judi empat ekor ini mendapat kelulusan cabutan yang begitu banyak.
No comments:
Post a Comment