Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.
Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan kerana perkara itu sudah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald-The Catholic Weekly.
"Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang.
"Pada saya, kerajaan sudah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim," kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini
Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan kalimah "Allah" bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.
Family Day 2009-Part 1
Family Day 2009-Part 2
Wedding 10052009
Aksi Figo Jr. & Kenit
Retro Yang Penuh Dengan Cerita
My Family Album
LIFE GOES ON.....

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

No comments:
Post a Comment