Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Thursday, February 26, 2009

Sultan Restu Tan Sri Khalid Guna Kereta Peribadi


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membantah tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menggunakan kereta peribadinya sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.

Tan Sri Khalid yang mengadap baginda di Istana Mestika , memberitahu beliau boleh menggunakan keretanya sendiri selagi tidak melanggar prosedur undang-undang.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, Tan Sri Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada baginda bahawa segala proses undang-undang yang ditetapkan, telah dipatuhi.

Tan Sri Khalid juga memberi taklimat kepada baginda mengenai hal ehwal pentadbiran negeri Selangor, termasuk tohmahan berkaitan derma lembu korban.

Menurutnya, Sultan Selangor tiada halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Tun Razak.

Berikutan itu, Tan Sri Khalid akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan penjelasan berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjayanya, Ahmad Said Hamdan baru-baru ini.

Kerajaan pakatan rakyat juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengerusi GERAK atas segala tohmahan salah guna kuasa seperti yang disiarkan dalam media.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter