Friday, September 19, 2008
"Checkmate"
September namblas berlalu tanpa peralihan kuasa. sebaik jam melepasi angka 2400hrs September namblas dan bertukar pada angka 0000hrs September tujuh blas, maka bermulalah acara joget lambak dan gelak-ketawa berpanjangan bagi muda-mudi, puteri, putera, veteran & penyokong-penyokong UMNO/BN anjuran "Bos" depa.
Sebelah Pakatan Rakyat pulak, cool dan tetap santai seperti biasa maklumlah ni bukan kali pertama dan kedua cita-cita tak kesampaian... dah "kalih" kata org lama. apa ada hal?
Hari ni dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, DSAI umumkan tuntutan supaya diadakan satu Sidang Parlimen Tergempar untuk mengusul undi tidak percaya terhadap kepimpinan kerajaan UMNO/BN.
Sebelum tu, banyak pihak lebih-lebih lagi dari kem UMNO/BN mempersoalkan kebenaran kata-kata DSAI bahawa Pakatan Rakyat mempunyai bilangan MP yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat dan ada jugak suara-suara yang mencabar supaya Pakatan Rakyat mendedahkan nama-nama MP-MP yang berpaling tadah kepengetahuan umum.
Soalan dan provokasi tu tak dijawab oleh Pakatan Rakyat mahupun DSAI sebaliknya DSAI mengambil tindakan yang lebih bijak dengan menuntut satu Sidang Parlimen Tergempar diadakan secepat mungkin.
Tanpa mengambil masa yang lama Pak Lah dengan angkuhnya menolak bulat-bulat tuntutan tersebut dan disitu satu "Checkmate" untuk Pak Lah & UMNO/BN khususnya.
Kenapa "Checkmate" sedangkan September Namblas tidak berlaku dan sampai waktu ni UMNO/BN masih lagi memegang takhta kerajaan pusat?
Jawapannya cukup mudah. tanpa disedari oleh Pak Lah... beliau telah mengesahkan bahawa berita MP-MP yang berpaling tadah adalah benar, nyata & bukan khayalan Pakatan Rakyat. kalau benar semua dakwaan tersebut adalah palsu, kenapa perlu Pak Lah menolak tuntutan tersebut?
Tolak sebab tak de keperluan untuk buat Sidang Parlimen Tergempar atau tolak sebab takut kena "tolak" dalam Undi Tidak Percaya???
Kalau Pak Lah bijak... inilah masanya untuk Pak Lah buktikan bukan saja pada Malaysia, malah pada negara luar bahawa UMNO/BN dibawah Pak Lah masih mendapat sokongan majoriti dan ini juga masanya untuk Pak Lah dan kerajaan UMNO/BN buktikan pada Malaysia dan seluruh dunia bahawa DSAI berbohong dalam kenyataannya berhubung sokongan MP-MP tersebut...
Ada berani ke Pak Lah???
Laaa.. tidur la plak........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment