Thursday, September 18, 2008
Sikejam yang Durjana
JOHOR BAHRU: Muda dan berbahaya. Itu gambaran tepat terhadap kumpulan remaja yang tergamak menculik, membunuh dan membakar seorang gadis berusia 16 tahun yang mayatnya ditemui dalam kawasan semak di Taman Putri, Kulaijaya di sini, semalam.
Penemuan mayat Lai Ying Xin hasil susulan polis yang menerima laporan kehilangannya sejak malam Khamis lalu apabila pelajar tingkatan empat itu tidak pulang selepas melakukan kerja sambilan di sebuah pasar raya di Kulaijaya.
Selepas menculik mangsa dari tempat kerjanya kira-kira jam 9 malam, penculik menghubungi keluarga gadis malang itu kira-kira jam 6.20 pagi esoknya meminta wang tebusan RM33,000.
Namun, sangkaan keluarga gadis terbabit bahawa dia dibebaskan selepas menyerahkan wang tebusan diminta penculik pada jam 3 pagi Isnin lalu, ternyata meleset apabila mangsa sebenarnya sudah dibunuh dan mayatnya dibakar.
Siasatan polis bagi menjejaki semua penculik terbabit menjadi mudah apabila keluarga terbabit mengenali mereka.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata keluarga gadis itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya selepas anak mereka tidak kembali ke rumah walaupun wang tebusan sudah dibayar kepada penculik berkenaan.
“Bertindak atas maklumat itu, polis menubuhkan satu jawatankuasa khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPPK Johor dan menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang dibuang sekolah ketika menaiki Perodua Kembara kira-kira jam 6.15 petang kelmarin di Kulai.
“Hasil tangkapan itu, polis merampas sejumlah dua pertiga baki wang tebusan yang dibayar keluarga mangsa kepada penculik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPPK Johor) di sini, semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment