Baru 10 bulan memerintah banyak kejayaan Ir. Nizar dpt selesaikan isu-isu tertunggak (khas untuk rakyat berbilang kaum di Perak) antaranya, menurut Majlis Peguam Malaysia:-
1) Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
2) YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
3) Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
4) Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
5) Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
6) Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
7) Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru (beberapa kerat kampung baru Cina... keluar dlm media perdana) dan kampung tersusun (kg. tersusun Melayu yg banyak di Perak tak keluar dlm media perdana) diberi hakmilik kekal secara berperingkat. (Termasuk pemberian beratus-ratus ekar tanah utk Sekolah Agama Rakyat di Perak, jugak tak keluar media perdana).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.
Family Day 2009-Part 1
Family Day 2009-Part 2
Wedding 10052009
Aksi Figo Jr. & Kenit
Retro Yang Penuh Dengan Cerita
My Family Album
LIFE GOES ON.....

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

No comments:
Post a Comment