Kira-kira 100 penyokong Umno gagal mengadakan perhimpunan haram di depan rumah Karpal Singh - yang berura-ura menyaman Sultan Perak - di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.
Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Dr Khir Toyo (gambar atas) dan beberapa lagi ketua Pemuda Umno bahagian disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.
Polis juga membawa Dr Khir dan tiga ketua Pemuda Umno itu di balai polis bandaraya di Jalan Patani untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan haram itu.
Mereka berada di balai itu kira-kira setengah jam sejak 3 petang.
Ketua-ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said; Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud dan Kulim Bandar Baharu, Mohd Mustafa Kamal Sheikh Ismail.
Pembantu khas kepada bekas menteri besar Selangor itu, Ab. Jalil Aboo Backer menjelaskan, Dr Khir menyertai perhimpunan haram tersebut atas jemputan Pemuda Umno Pulau Pinang, tambah Ab. Jalil.
No comments:
Post a Comment