Kerajaan negeri diminta mengambil semula tanah seluas kira-kira 20 hektar di kawasan Tampoi, di sini, yang diberikan kepada Johor Corporation (JCorp) jika syarikat milik kerajaan negeri itu tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata ketika ini, pihaknya mendapati JCorp tidak mempunyai sebarang perancangan ke atas tanah yang diterimanya sejak 20 tahun lalu dan tidak pernah membayar premium walaupun satu sen kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengambil semula tanah itu dan memberikannya kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) atau Iskandar Investment Berhad (IIB) jika JCorp menunjukkan sikap tidak serius untuk membangunkan bandar Tampoi.
"Imej Iskandar Malaysia bukan saja bergantung kepada pusat bandar raya tetapi juga kawasan Node 2 iaitu di Teluk Danga dan Tampoi, yang menjadi pusat pembangunan tradisional bandar raya ini.
"Kerajaan negeri wajar membangunkan semula bandar Tampoi seperti yang pernah dirancang kira-kira 20 tahun lalu kerana ia penting dalam memberikan gambaran antarabangsa seperti yang diuar-uarkan bahawa Iskandar Malaysia adalah destinasi pelancongan dunia," katanya.
NOTA ILMU
PERHATIKAN : diberikan kepada....
PERHATIKAN : peranan wakil rakyat bukan mewakili rakyat tetapi mewakili towkay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.
Family Day 2009-Part 1
Family Day 2009-Part 2
Wedding 10052009
Aksi Figo Jr. & Kenit
Retro Yang Penuh Dengan Cerita
My Family Album
LIFE GOES ON.....

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

No comments:
Post a Comment