Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.
Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.
Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.
Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.
Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.
Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.
2 comments:
Apa yg kau melalut lalut ni. Dulu memang UMNO kena lawan Sultan. Sebabnya Sultan ni2 ikut aje bila kena tipu dengan Inggeris. Kalau tak dibantah, habis la orang Melayu masa tu dan sekarang ni.
Kau tuduh UMNO derhaka pasal kes kat Perak tu kan? Kat Perak tu, Sultan memang dah iktiraf kerajaan PKR. Sebab tu la dia lantik Nizar jadi MB. Yg bodohnya, PAS pegi ikut sangat dengan Keadilan/DAP. Tengok macamana 2 ekor Keadilan and 1 ekor DAP ni dah lompat nak join BN. Yg si Nizar bodoh ni pulak pegi kat Sultan mintak bubarkan kerajaan.
Abis apa lagi, Sultan bubarkan la. Memandangkan majoriti dah ada pada BN, Sultan lantik lah UMNO jadi MB pulak.
Cuba pikirkan balik:
1. Kalau sibodoh Keadilan dengan DAPtu tak lompat, sesiapa pun (even the Sultan) tak boleh nak tarik taraf MB dari Nizar.
2. Nak buat apa blame Sultan, Si Nizar yg menyerah tengkok suruh disembelih.
3. Ada yg kata Sultan tak ada kuasa nak suruh Nizar turun, tapi ini semua akademik aje. Kalau dah tak ada majority tu blah aje la…
Aku sokong Keadilan jugak dulu masa PRU12. Tapi aku rasa PAS lagi baik tinggalkan Keadilan dan DAP. Buat malu aje kawan dengan orang2 takde prinsip macam tu. Jangan kita jadi macam Iran-Iraq, jadi macam Hamas-Fatah. Islam bergaduh, kafirun bersorak ditengah2. DAP bukan nak Negara islam pun. Depa nak Melayu berpecah supaya mereka boleh bernapas. Ingat, kalau dari segi jumlah penduduk, Cina&India dan makin kurang. Depa, terutama kau Cina: anak sikit + kawin lambat. Melayu anak minimum 4 orang. Kalau tak pecah belahkan melayu/islam, habis la terlupus depa orang ni nanti…. Itu aje tujuan mereka. Pikir2kan. Jangan pikiran demokrasi. Pikirkan Islam!!
kah kah kah kah...ade org marah la makkal sakthi..kah kah kah....ni org mesti tak pernah baca sejarah..kah kah kah....sejarah la dol...mana boleh ubah...kah kah kah kah.Hidup makkal sakthi...kah kah kah
Post a Comment