Kali ini aku nak cerita lain dari yg biasa. Pasal aktiviti pada 4/12/08 yang lalu. Aku bukan apa, sambil cerita boleh lah aku promosi tempat yang sesuai untuk mereka yang sedang mencari harga barangan yang boleh di kata kan murah dan berpatutan (bagi aku lah yg dah buat survey) terutama nya mereka yang berhajat nak tukar tayar..... sbb itulah tujuan utama aku kesitu..ha ha ha.
Batu Pahat itu lah tempat nya...first time aku menjejak kan kaki ku kesini. Perjalanan aku ditemani oleh beberapa Team D crew's (Nick,Sani,Deto & DonSkunk). Almaklum lah semua mereka ni pakar dalam bidang masing2 dan perjalanan akan lebih terasa jimat...hehehe. Kalau tidak sume aku nak kene modal..duit minyak,tol,makan...
Deto adalah org yg bertanggung jawab dlm mencari kedai yg paling sesuai dgn kehendak aku..kira terer lah pasal kedai tayar kat Batu Pahat ni. Sani.. (tapi bkn M.Sani penyanyi tu)..dia ni terer pasal tempat paling best utk makan...kt mane..?? Depan hospital Pakar Putra....nasi briyani..mmg sedap giler... DonSkunk lak mcm biasa la...dia ni terer sbb kuat mkn..mana tidak....mkn briyani siap mintak nasi tambah. Last but not least, Nick...dia ni peminat benda2 mistik atau pelik sb masa kita org tgh makan kat food court tu, dtg la sorang pakcik dia jual brg2 tu...mcm2 dia jual..keris,cincin,pisau dll lah...Nick la org yg paling focus ttg bende2 ni sume...dia beli apa...??? Pisau lipat ada mini torch light wa cakap lu....tu la first time aku jumpa.
In short, aku telah dapat apa yang aku cari....Turanza GR-80 (Bridgestone). Bagi aku cukup berbaloi RM325 X 4. Kt tempat lain sah tak dapat (setahu aku la).
On the way balik kita org singgah kat Air Hitam...shopping pe..?? Nanas...hahaha...sorry Nick jgn mare...dan yang pasti, putu bambu the best kat tanah air yg pernah aku tau menjadi ole2 utk di bawa pulang. Hujan lebat mengiringi kami sepanjang perjalanan pulang ke Pasir Gudang. Alhamdullillah,syukur...kami selamat pergi dan balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hehe..selain nasi briyani batu pahat famous dengan mee racun.. kene cuba...
Post a Comment