Parti Progresif Rakyat (PPP) sekali lagi diberi amaran supaya tidak mengugut Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan parti itu akan keluar dari BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri baru-baru ini sekali menegaskan bahawa ISA tidak akan dipinda atau dimansuhkan.
"Ini bermakna sama ada hari ini atau sebelum pilihan raya akan datang, kita tidak akan pinda.
"Jadi saya nak tanya PPP,apa tunggu lagi? Keluarlah... jangan nak mengugut.
"Kalau kita ni nyamuk, jangan nak mengugut gajah. Jadi jangan cakap banyak, keluar sahaja," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Nazri berkata, kehadiran PPP dalam BN tidak menguntungkan memandangkan parti itu kalah satu kerusi yang diperuntukkan kepada mereka di Perak pada pilihan raya umum lalu.
"Kehadiran mereka dalam BN menyusahkan kita. Umno terpaksa mengorbankan satu kerusi untuk mereka iaitu di Bukit Gantang untuk memberi peluang PPP bertanding di Taiping.
"Baru ni kita buat lagi, mereka kalah kerusi. Jadi, apa untungnya kehadiran mereka dalam BN kerana mereka hadir atas simpati kita saja.
"Jadi peminta sedekah, jangan nak mengugut," katanya.
Kesian PPP...kene halau macam kucing kurap la plak.....
No comments:
Post a Comment