Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, September 26, 2008

Kaki Oh Kaki

Dalam kehidupan, ada berbagai spesis manusia yang boleh diklasifikasikan mengikut jenis-jenis KAKI mereka:

1. Ada KAKI BESI - yang tak boleh ditegur (big2 boss depa yang tak makan saman tu),

2. Ada KAKI BANGKU KAYU - yang tak cukup pelajaran, ajar macam mana pun memang depa tak boleh nak pandai (golongan yang tak cukup ilmu tapi nak jadi pemimpin),

3. Ada KAKI PLASTIK - yang bermuka ‘plastik’ yang suka berpura2 baik depan orang tapi di belakang kita, mak aih…mengalahkan perangai lanun2 Somalia tu….(banyak juga terdapat di kalangan mereka termasuklah di kalangan boss2 mereka)

4. Ada KAKI “AYAM” - yang suka berkokok tak kira masa yang suka mencanang2kan kebaikan diri sendiri dan mencari2 kesalahan orang lain (cthnya: ayam2 yang nak bertanding dalam parti cap ayam bulan Disember ni)

5. Ada KAKI KACA - yang sekarang kedudukan mereka boleh dikira sudah hancur lebur bagai kaca yang terhempas dan menunggu masa sahaja untuk dimuziumkan dari persada politik tanahair (cthnya: si Najib TPM walaupun kununnnya (suranggani’s style) bakal dilantik sebagai PM, namun penerimaan rakyat terbanyak terhadapnya sangat rapuh dan goyah lebih2 lagi setelah beliau dibabitkan sama dalam skandal pembunuhan seorang wanita Mongolia yang sedang dibicarakan di mahkamah hingga ke hari ini)

6. Ada KAKI BODEK - yang hanya tahu membodek dan mengampu atasan2 mereka terutamanya untuk mendapatkan imbuhan2 projek dsb.

7. Ada KAKI TIDUR - yang selalu terlelap tak kira masa (cthnya: si Dollah PM yang terkenal dengan hobi beliau yang suka zzzzzz tu ).

8.Ada KAKI BOLA - ni sume orang dah tau dah.

Dan banyak lagilah kaki2 yang lain yang tak payahlah aku sebut semuanya untuk menggambarkan betapa ‘meriahnya’ dengan aneka jenis kaki mereka sehinggakan rakyat pun sudah naik muak dan jelak bila melihat kaki2 ini sibuk dok jaga kaki2 mereka sendiri sedangkan kaki2 rakyat jelata sudah menjadi semakin kurus dan hampir2 tinggal tulang saja sekarang ni. Inilah bahana yang terpaksa dipikul rakyat jelata kerana membenarkan kaki2 yang semakin bertambah kegemukannya itu untuk merampas hasil2 mahsul milik rakyat demi kekenyangan perut mereka dan kaki mereka semata2.

Akhir kalam, semoga hangpa jangan lupa basuh kaki sebelum tido nooo…

Tuesday, September 23, 2008

Nujum Pak Belalang versi Politik



Saya terima mail ini, tapi diupgrade sikit tanpa berlakunya cacat cela pada sketsa dibawah.....
Soalan 1
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya. ..'
Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !'
Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..! !'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4
Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Jangan takut.. LAWAN TETAP LLAWAN... LAWAN SAMPAI MENANGGG!!!'
Soalan extra
Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..''Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

tiada soalan selepas itu coz Pak Lah yang selaku tukang soal dah pengsan.....begitulah senarionya.....kah.kah..kah..

Satu renungan - Fakta atau Retorik

ASSALAMUALAIKUM..

Setiap dari kita dizaman yang semakin maju,pasti tahu akan betapa pentingnya Institusi perbankan kepada kehidupan kita. Semua orang memerlukannya,tak kira apa kedudukan,atau setidaknya kita dipaksa untuk menggunakan perkhidmatan perbankan.

Tapi itu sekiranya dikaji dari pihak kita,bagai mana pula di pihak perbankan? Tidak kah bank yang memerlukan kita? Boleh atau berjayakah sesuatu institusi perbankan tanpa sokongan kita?

Anda lihat beberapa fakta yang diberi dan buatlah kajian "APA KEJADAHNYA SEMUA INI?".

1. Anda simpan duit sebanyak RM1500 didalam sebuah bank. Hanya dengan sekeping kertas dan kekadang tanpa perlu tandatangan serta dalam sekelip mata wang anda ditelan(bagi yang menggunakan mesin ler)..
Esoknya anda ke bank semula dan hendak mengeluarkan RM1000..pasti borangnya nampak rumit,salinan IC kalau tak bawak jangan harap dapat wang anda ..Kena pulak tunggu giliran..tut-tup sampai giliran anda,lupa sain atau pun sain anda tak sama,masalah lah jadinya..walaupun anda tunjukkan resit masukkan wang semalam dari bank yang sama.. Pelik Tapi Benar apabila kita hendak ambil wang sendiri jadi payah.. Sebab itulah bank kaya, mereka galakkan kita simpan jangan keluar..hahahaha..

2. Apabila ramai orang menyimpan didalam bank,wang kita akan diniagakan untuk memperoleh keuntungan yang cepat dan mudah..Apa kita dapat dari hasil pelaburan mereka?..Tanyalah diri kita samada bank bagi kita banyaaakkk atau sik-kit-sik-kit!!!. Makan bunga adalah haram bagi Muslim macam kita..Sebab itulah bank suka apabila pelanggannya ramai muslim dan muslimat...Nak menarik lagi bank mengamalkan perbankan ISLAM..Ceh Wahhh!! Tapi ini tiada kene mengena dgn Bank yg memang Islamic...contoh nye BANK ISLAM lah..WaAllahualam..

3. Menyediakan serta memberi kemudahan pinjaman adalah salah satu lagi cara dan teknik halus mereka mencekik wang kita. Jangan ceritalah pasal bayaran balik siap segala jenis bunga disediakan anak bunga,mak bunga hingga nenek bunga pun ada. Untung mudah bank akan dapat apabila kita terlewat bayar bila :
a) Pegawai Bank telefon-kita bayar..bukan ringgit..tapi puluh-puluh.
b) Surat Peringatan- kita bayar,walaupun bayaran kita cantik,eh!! surat sampai jugak..untung bang.sekeping surat nilainya RM10..
c) Bayaran tetap dikenakan walaupun miss sebulan,paling pahit bayaran bersama-sama dengan bunga raya dan bunga matahari..pernah tak bank jadik baik.." Encik tak yah bayarlah bulan ni..Bank belanjer..".

4. Apabila anda melakukan pertukaran wang seperti dari Ringgit ke Syiling..Pernahkah anda kira nilainya cukup ? Anda tukar nilai RM100 ,duit syiling yang anda dapat hanya RM97..Hebat bukan!! Bagaimana pula sekiranya anda mahu bertanyakan baki simpanan?? Paling kurang pun RM3 dicedok dari pokek anda..Mereka yang menggunakan kad lagilah seronok dikerjakan.Pelik Tapi Benar apabila tiada siapapun dari kita dapat pastikan nilai wang yang disimpan sebenarnya makin banyak!!!! Paling sadis kita pulak berhutang ngan bank..

5. Proses transaksi antara yang berlainan Bank,terutamanya yang kerap menggunakan Cek, banyak ketidak adilan sebenarnya..Hakikat yang Pelik Tapi Benar harus kita akui,semakin mudah urus niaga yang disediakan oleh mereka seperti penggunaan Cek,sebenarnya lebih sedap hingga menjilat jari mereka dapat menyapu duit kita..

Sebenarnya masih banyak perkara-perkara Pelik Tapi Benar apabila kita berbicara tentang bank..tapi kemana dan dimanakah arah kita untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku?..

Sebelum menutup bicara,fikirkan selamat atau boleh JUJURKAH mereka sekiranya kita menyimpan di institusi kewangan lain selain Bank, seperti KWSP,PTPTN,AMANAH SAHAM DAN YANG SEJENIS..

Monday, September 22, 2008

Ucapan Salam...

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh'

Beri salam - assalamualaikum'

Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata 'Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye' contoh lerr..

Bukannya : 'Kirim salam kat Anis ye'

Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'

Maksud singkatan ' A'kum'

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'..

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan dia guna 'Salam' kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

p/s : kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.... wassalam

Friday, September 19, 2008

Klimax yang makin Hampir

DSAI telah beberapa kali menegaskan, jika Paklah tidak percaya sila usulkan sidang tergempar parlimen. Jika Paklah berani berbuat demikian, maka keberanian itu akan dikenang selamanya kerana DSAI telah mempertaruhkan segala kredibilitinya pada sidang tersebut.

Sekiranya Anwar gagal pada sidang parlimen tergempar panggilanya sendiri, sudah pasti ini juga akan dikenang oleh kawan dan lawan, akan diingati sampai bila-bila. Anwar bukan saja mempertaruhkan kredibilitinya malah mempertaruhkan karier politiknya.

Oleh demikian, Paklah seharusnya berani menerima cabaran terakhir ini. Karier politik Anwar berada di hujung tanduk bersama sidang parlimen yang diusulkan.

Mengikut kata-kata Paklah sendiri kononnya kerajaan BN kian kukuh, sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang KUKUH, adalah tiada masalah untuk menerima cabaran lawan arakian lawan itu juga telah acap kali dituduh menipu rakyat. Di manakah asas Paklah dalam membuktikan sejauh mana kukuhnya kerajaan sedia ada JIKA tidak berani berdepan dengan klimax politik tempatan.

SAPP keluar BN

Sapp kini anggota Bebas di Parlimen - Timbalan Speaker

Parti Maju Sabah (Sapp) akan berperanan sebagai parti 'Bebas' di Parlimen selepas ia mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Parlimen sebagai ‘orang tengah’ tidak ada masalah sekiranya parti itu mahu keluar dari BN.

“Kita tidak ada masalah dengan itu (keluar dari BN).

"Cuma selepas kita terima surat rasmi yang beritahu mereka (Sapp) keluar BN, kita harus buat aturan semula tempat duduk wakil dari Sapp di Parlimen,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Wan Junaidi berkata, ketika ini kedudukan dua wakil Sapp di Dewan Rakyat iaitu Datuk Chua Soon Booi (Tawau) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) adalah di kalangan Ahli Parlimen yang senior.

“Justeru, selepas ini, kita akan letakkan mereka di tempat duduk Bebas, berkemungkinan di belakang Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) kerana mereka bukan BN dan mereka juga tidak menyertai Pakatan Rakyat,” katanya.

"Checkmate"


September namblas berlalu tanpa peralihan kuasa. sebaik jam melepasi angka 2400hrs September namblas dan bertukar pada angka 0000hrs September tujuh blas, maka bermulalah acara joget lambak dan gelak-ketawa berpanjangan bagi muda-mudi, puteri, putera, veteran & penyokong-penyokong UMNO/BN anjuran "Bos" depa.

Sebelah Pakatan Rakyat pulak, cool dan tetap santai seperti biasa maklumlah ni bukan kali pertama dan kedua cita-cita tak kesampaian... dah "kalih" kata org lama. apa ada hal?

Hari ni dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, DSAI umumkan tuntutan supaya diadakan satu Sidang Parlimen Tergempar untuk mengusul undi tidak percaya terhadap kepimpinan kerajaan UMNO/BN.

Sebelum tu, banyak pihak lebih-lebih lagi dari kem UMNO/BN mempersoalkan kebenaran kata-kata DSAI bahawa Pakatan Rakyat mempunyai bilangan MP yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat dan ada jugak suara-suara yang mencabar supaya Pakatan Rakyat mendedahkan nama-nama MP-MP yang berpaling tadah kepengetahuan umum.

Soalan dan provokasi tu tak dijawab oleh Pakatan Rakyat mahupun DSAI sebaliknya DSAI mengambil tindakan yang lebih bijak dengan menuntut satu Sidang Parlimen Tergempar diadakan secepat mungkin.

Tanpa mengambil masa yang lama Pak Lah dengan angkuhnya menolak bulat-bulat tuntutan tersebut dan disitu satu "Checkmate" untuk Pak Lah & UMNO/BN khususnya.

Kenapa "Checkmate" sedangkan September Namblas tidak berlaku dan sampai waktu ni UMNO/BN masih lagi memegang takhta kerajaan pusat?

Jawapannya cukup mudah. tanpa disedari oleh Pak Lah... beliau telah mengesahkan bahawa berita MP-MP yang berpaling tadah adalah benar, nyata & bukan khayalan Pakatan Rakyat. kalau benar semua dakwaan tersebut adalah palsu, kenapa perlu Pak Lah menolak tuntutan tersebut?

Tolak sebab tak de keperluan untuk buat Sidang Parlimen Tergempar atau tolak sebab takut kena "tolak" dalam Undi Tidak Percaya???

Kalau Pak Lah bijak... inilah masanya untuk Pak Lah buktikan bukan saja pada Malaysia, malah pada negara luar bahawa UMNO/BN dibawah Pak Lah masih mendapat sokongan majoriti dan ini juga masanya untuk Pak Lah dan kerajaan UMNO/BN buktikan pada Malaysia dan seluruh dunia bahawa DSAI berbohong dalam kenyataannya berhubung sokongan MP-MP tersebut...

Ada berani ke Pak Lah???

Laaa.. tidur la plak........

Thursday, September 18, 2008

Sikejam yang Durjana


JOHOR BAHRU: Muda dan berbahaya. Itu gambaran tepat terhadap kumpulan remaja yang tergamak menculik, membunuh dan membakar seorang gadis berusia 16 tahun yang mayatnya ditemui dalam kawasan semak di Taman Putri, Kulaijaya di sini, semalam.

Penemuan mayat Lai Ying Xin hasil susulan polis yang menerima laporan kehilangannya sejak malam Khamis lalu apabila pelajar tingkatan empat itu tidak pulang selepas melakukan kerja sambilan di sebuah pasar raya di Kulaijaya.

Selepas menculik mangsa dari tempat kerjanya kira-kira jam 9 malam, penculik menghubungi keluarga gadis malang itu kira-kira jam 6.20 pagi esoknya meminta wang tebusan RM33,000.

Namun, sangkaan keluarga gadis terbabit bahawa dia dibebaskan selepas menyerahkan wang tebusan diminta penculik pada jam 3 pagi Isnin lalu, ternyata meleset apabila mangsa sebenarnya sudah dibunuh dan mayatnya dibakar.

Siasatan polis bagi menjejaki semua penculik terbabit menjadi mudah apabila keluarga terbabit mengenali mereka.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata keluarga gadis itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya selepas anak mereka tidak kembali ke rumah walaupun wang tebusan sudah dibayar kepada penculik berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, polis menubuhkan satu jawatankuasa khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPPK Johor dan menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang dibuang sekolah ketika menaiki Perodua Kembara kira-kira jam 6.15 petang kelmarin di Kulai.

“Hasil tangkapan itu, polis merampas sejumlah dua pertiga baki wang tebusan yang dibayar keluarga mangsa kepada penculik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPPK Johor) di sini, semalam.

PR seeks Emergency House session


Opposition Leader leader Anwar Ibrahim today said he has sent a letter to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi asking him to convene an emergency session of the Parliament for an emergency motion to debate on the premier's government.

"I have made a formal request to call for an emergency session in Parliament to debate a motion of no confidence against the leadership of Barisan Nasional not later than Sept 23.

"
Speaking at a press conference this afternoon, the Pakatan Rakyat supremo said that the opposition alliance wanted to debate on a motion of no confidence against Abdullah. He wanted the Parliament to be recalled not later than next Tuesday (23/9/08).

Anwar said that the letter was jointly signed by him as PKR leader, PAS president Abdul Hadi Awang and DAP parliament leader Lim Kit Siang.


“The standing orders are quite clear. The PM has the authority to convene an emergency session. All he needs to do is inform the speaker. “We have given the date for the emergency session. It makes no sense for an emergency session to be held next year. We expect the prime minister to respond.”

Pakatan To Decide On Next Move


The opposition leader said that should the prime minister refuses to recall Parliament, Pakatan will have an emergency meeting to discuss its next course of action.
Anwar also said that there was no reason why he should be arrested under the draconian Internal Security Act, which allows detention without trial.

“What we want is that MPs, including Teresa Kok, be given the right to attend Parliament on Tuesday,” he said, referring to the opposition MP who was detained under ISA last Friday.

“Politically, economically we are in a crisis, we can’t delay (the takeover). Even for the Pakatan (to rule), it is going to be tough under the current economic situation.

”
He accused Abdullah of being in a state of denial. “If he doesn’t believe me, then go to Parliament,” he said.

Anwar reiterated that he has enough defectors to take power.

Kickdefella ditahan Polis

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter